Rabu, 10 Februari 2010

Bunga Bangsaku

kenapa saat terlalu banyak input, katamu "mengapa si polan tidak melakukan kerjaan sebanyak aku? mengapa dia boleh curi tulang?"

berkira sungguh bangsaku..

mengapa saat tiada input, katamu "ahhh...tiada pekerjaan yang boleh aku lakukan.."
bangsaku tidak mencari kerjaan itu..

dan bila aku beri input, katamu "aahhh..aku terlalu sibuk ini..."
bangsaku senang berdalih dari berusaha

dan bila upahmu tidak semahal yang lain, katamu "mereka memilih kulit luaran.."
bangsaku tidak tahu mengukur di badan

aku lihat kamu hanya asyik bergayut-gayutan bak kera di hutan, bak tikus menceceh ceceh keluar mencari makan,
tapi ketika adanya sang pemburu, sang kucing berkeliaran, kaulah orang yang paling diam, duduk terkesima di sudut suram.
berpura pura membuat kerjaan, sedangkan kamu hanyalah parasit jelombongan.
yang menghisap darah, ketika manusia lain sibuk mengejar kerjaan.
kepura-puraanmu tahap dewa dewangan..

ketika bangsa lain sudah maju kehadapan
kau masih tercungap di belakang
sedangkan bantuan di kiri kanan belakang hadapan
sedangkan mereka terlalu terhad bantuan
lihat jiran seberang, pencakar langit tidak terbilang
sedangkan kita yang satu itu dijulang

sedar kau dari anganmu,
upah segantang tidak akan jadi sepikul
melainkan kau usaha mengerjakannya
jika bangsa lain tahu akan halal haram
penting perinya bekerja setimpal bayaran
inikan pula kau seorang Islam..

renung renungkan...

Jumaat, 29 Januari 2010

Cara Mengenal Skim Penipuan.

CIRI # 1 - Jaminan Pulangan Yang Tinggi
Berhati hatilah terhadap syarikat ataupun individu yang menjanjikan keuntungan besar atau menunjukkan prestasi cemerlang dalam sau tempoh masa yang pendek. Anda mesti ingat, bahawa setiap pelaburan mempunyai risiko dan anda tentu selalu dengar bahawa,"kalau tinggi risikonya, pulangannya juga tinggi". Ambil langkah berjaga-jaga terutama jika pelaburan itu kononnya memberi pulangan tinggi dengan risiko yang rendah atau tiada risiko langsung.

CIRI # 2 -Anda Perlu Mencari Downline
Berhati hati dengan pelan yang membayar anda untuk melatih orang lain dan bukannya untuk menjual produk atau perkhidmatan. Perkataan yang menjadi kunci utama untuk mengingatkan anda supaya berhati-hati adalah "downline" ataupun "piramid"

CIRI # 3 - Peluang Pelaburan Untuk Masa Yang Terhad Sahaja
Jangan sesekai bersetuju menyertai apa - apa peluang pelaburan dalam keadaan tergesa gesa, contohnya, "tempoh untuk anda menyertai skim ini amat terhad" atau"melabur sekarang, jika tidak, anda akan menyesal". Ingatlah , jika perniagaan itu sah, ia akan tetap wujud esok, minggu hadapan, bukan hadapan atau tahun hadapan.

CIRI # 4 - Tuntutan Hadiah Lumayan
Memang mustahil untuk anda memenangi sebarang hadiah atau wang yang banyak jika anda tidak masuk sebarang pertandingan atau peraduan. Jika anda menerima panggilan yang menyatakan bahawa anda telah memenangi satu hadiah lumayan tetapi perlu mengirim sejumlah wang ke seuah negara asing untuk menuntut hadiah tersebut, letakkan telefon. Jangan buang masa dan tenaga untuk melayan pangilan sebegini.

CIRI # 5 - Panggilan Telefon Yang Tak Diundang
Anda perlu bersikap ragu-ragu mengenai sebarang panggilan telefon yang tidak dijangka mengenai pelaburan daripada jurujual atau syarikat luar pesisir pantai yang anda tidak kenali. Jika pemanggil itu mengakui sebagai wakil niaga syarikat broker saham atau penasihat pelaburan yang dilesenkan diluar negara, minta nama pihak kawalselia asing berkaitan yang melesenkan perniagaan tersebut dan layari laman webnya untuk mendapatkan senarai mereka yang berdaftar atau di lesenkan. anda mesti sentiasa memeriksa bukti kelayakan individu yang dilesenkan dengan pihak berkuasa sebelum menyerahkan wang anda.

CIRI # 6 - Untung Besar Tanpa Sebarang Risiko
Pastikan anda memperoleh rekod prestasi syarikat tersebut. Mintalah maklumat bertulis mengenai produk pelaburan dan perniagaan itu, serta risiko yang terbabit dalam pelaburan tersebut. Baca dengan teliti prospektus dan laporan tahunan syarikat sebelum melabur.

CIRI # 7 - Sukar Menemui Maklumat Syarikat
Elakkan daripada memberi sebarang maklumat kewangan atau pribadi sebelum anda memastikan dulu kesahihan syarkat itu. Jangan takut bertanya soalan. Malah, lebih banyak soalan yang anda tanyakan, legbih baik lagi. Minta penjelasan mengenai apa-apa perkara yang anda tidak fahami. Jika ragu-ragu, jangan melabur. Pastikan anda mendapat maklumat sepenuhnya mengenai syarikat, jurujual/ejen atau pelaburan tersebut.

CIRI # 8 - Syarikat Dagangan Asing
Sentiasa periksa laman web pihak pengawal selia contohnya laman web Suruhanjaya Sekuriti, Malaysia (http://www.sc.com.my/), untuk mendapatkan maklumat mengenai amaran pelaburan, atau senarai syarikat-syarikat yang dilesenkan sebelum melabur.

Sumber: Program Celik Kewangan SIDC


Rabu, 27 Januari 2010

Di Mana Kita Berpijak?



                   Sah! Aku akan ke Sepang. Ini bermakna aku harus tinggalkan laut dan berhijrah ke udara..LAut..tempat mengajar aku tentang pahit maung seorang pelaut..di herdik, di maki ..itu lumrah pelaut..mengejar dateline setiap satu satu penghantaran menjadi asam hidupku sejak bertahun lalu. bermula seawal 6 pagi hingga ke tengah malam..sudah lali bertegang urat dengan FLO. apatah lagi dengan pelanggan..iya, pelanggan yang cerewet, lewat dari seberang. kata mereka harus dituruti, tapi berlainan dengan aku..kata mereka harus dituruti tapi ada batasannya.
                   Udara? aku belum pasti. kehidupan di sana indah khabarnya..tapi haruskan indah itu kekal pada jangka yang lama?...tapi dimana kita berpijak, aku pasti itu bumi yang nyata.

sekian, hingga ketemu lagi..da..

Ahad, 13 Disember 2009

What is wrong with you?

Dear MY soo..called BFF[best friend forever!!yukss...]

i dont know what are you trying to say..whether you read this article or not...
but as far as i can see that
you being started to control my life already
hey you should buy this,  ialready tell my mom that u wana buy this car..
hey! you should dating him, he is soo...rich..baru sama standard dgn kau..
hey, aku rasa ko patut pakai macam ni..you should buy this shirt man..
besides, duit ko yg banyak dalam bank tu xluak nyer kalo ko beli baju nie..
heh..when do you wanna see me...why you did not pick up my call?
"aloo...makcik!!angkatlah ur damn phone!!!" i still have that SMS u sent in my phone
WTF is that?..
do i have to follow what ever fu**ing u said?..
do i have to tell you where ever i go...
do i hv to obey your order each tyme u wanna see me...?
and do you hav to mention each tyme you see me, oohh...aku xkaya mcm ko, ko kenelah blanje aku makan..
do all rich ppl hv to treat you each tyme they see you?
or i still dun get it...u asked me out just wanna me to treat u?
am i missing sumthing here?....
and your attitute is killing me...
ko tau tak die kawen dgn org miskin..
dah la xhensem..i dunno what she is look into him..useless..
n i tell u what girl...GOD hs given His fair treatment to you..
at last you've date and coupled the ugliest beast on earth which we all knoe..
u just chasing his M.O.N.E.Y!!!
1st day u 'date' him, u already called me n ...OMG babe!!he drive a vios...!!
hello...it is just vios...nothing kay!!
i dunno what are u looking in ur life...but PLEASE STOP BOTHERING OTHERS LIFE okay..
get it?
just take care ur own tepi kain okay.....
and another thing is...if you nak tumpang orang, buatlah cara tumpang..
xperlu nak demand2, being choosy..being picky...nk naik kereta sahaja yer!!
i love my bike okay!!
so what if i am a rider....i know many so called 'rich' by you naik bas..
xder masalah rasenyer...or you just being jealous coz their bank account has 5 figure nmbr extra than you?..
get a life kay...i dun mind if u deleting me in ur FB..at least you dun bug me anymore...
and THE world does not evolve around you only...
try to get busy with ur stuff only...
not other people business...


i will be here..i just dun wanna tell you coz u already mention that u wanna stay for free if i'm getting there..
no way man..i'm absolutely dun mind giving ppl free lift as long as not you..

Jumaat, 27 November 2009

Tibette


just finished watching TLW till season 3..
i cant imagine that sumone like Tina and Bette are really fell in love with each other.. when talking bout love...look at them, see their relationship are hinky panky here and there..deciding to start a family together, it is just a dream come true...
love is just not about sex, lust or money only. look at Bette, she is so protective and really wanna see this relationship are succeed..willing to let go her fav personnal collection just to make sure both of them hv something to eat. and i think that was made Tina fall for her..She is incharge of everything but is doesnt made she is the boss.
I salut u Bette....u are amazing..

Jumaat, 6 November 2009

Dilema Cinta


Seberapa salahkah diriku
Hingga kau sakiti aku begitu menusukku
Inikah caramu membalas
Aku yang selalu ada saat kau terluka

Seberapa hinanya diriku
Hingga kau ludahi semua yang ku beri untukmu
Tak ada satu pun perasaan yang mampu membuatku begitu terluka

Namun ku terlanjur mencintai dirimu
Terlambat bagiku pergi darimu
Bagiku terlalu indah perasaan itu
Tak mudah untukku menjauh darimu

Telah ku coba segala cara
‘Tuk bahagiakan kamu
Merebut hatimu
Namun tak semudah yang ku bayangkan
Bila kau tak inginkan ku ’tuk di sisimu

Tak pernah kurasakan sebelumnya
Menginginkan dirinya hingga ku tak kuasa
Meyakini hatiku bahwa ku mampu berlalu

Namun ku terlanjur mencintai dirimu
Terlambat bagiku pergi darimu
Bagiku terlalu indah perasaan itu
Tak mudah untukku menjauh darimu

Namun ku terlanjur mencintai dirimu
Terlambat bagiku pergi darimu
Bagiku terlalu indah perasaan itu
Tak mudah untukku menjauh darimu


Jumaat, 23 Oktober 2009

AKU, Si KaSuT tUmIt TiNgGi & betisku


hi semua..
kabare kali ini..sihat hendaknye..hari demi hari berlalu dengan pantasnya, tanpa aku menyedari sudah tiba saat di mana secara rasmi aku bergelar graduan..hihihhihi..al kisahnya aku telah beli sepasang kasut tumit tinggi untuk dipakai ketika aku menerima dua keping ijazah. wajib kata makcik yang kerja dekat universiti tu.."kalau cik xpakai kasut tumit tinggi 2 inchi, awak xboleh ambil ijazah."..makanya aku pun kenalah beli sepasang kan?....


biasalah, kasut tumit tinggi nie..jalan pun kene terkedek kedek kan...xmacam pakai sliper biru bestfriend aku tu..nak jalan huru hara pun layan...makanye praktis la aku pakai kasut nie..untuk membiasakan diri dgn keadaan universiti yg macam gunung ganang tu, aku dengan bangganye pakaila time ambil jubah...
boleh pulak lupa time tu konvo tengah meriah..terpaksela aku mengikut peraturan hari itu...parking jauh giler babas dari tempat ambil jubah tu..makanye terpakse jugakla melangkah pakai kasut tumit tinggi..
nak jalan laju2 xbleh..betis aku yg berat 40kg nie rase mcm nak tercabot laa..tapi kerana terpakse, aku gagahkan jugakla betis aku yang bagak nie..stelah selesai smua..aku pun pulang dengan jubah di tangan, betis yg cramp di kaki..tiba-tiba perasaan gloria(madagascar) kene pakai kasut tumit tinggi datang...huhuhuhuhuh...

hehehehe...itu jelar stakat nie..cite nie pasal nak ngadu...betis saket la pakai kasut tumit tinggi..macamana lar orang boleh rilek jek pakai ek?..





Free Blogger Templates by Isnaini Dot Com and Ford Cars. Powered by Blogger