Sabtu, 20 Jun 2009

si Kertas

Hai..salam kenal buat semua... ini adalah yang pertama kali aku menulis sacara public..vsebelum ini aku lebih senang mencoret di kertas putih.. rasa kekok pun ada juga... mungkin aku takut coretanku ketahuan orang yang mengenaliku.. aku lebih senang tidak mempublickan profilku.. bimbang seperti pak raja akibatnya.. tapi jangan salah sangka ya.. aku bukan mangsa kerakusan politas.. aku hanyalah seorang insan yang baru mengenal proses justifikasi teknologi. dari coretan di kertas putih ke dada blog. seorang teman menggesa aku memberitahu add blog kepunyaanku..hahaha..mana mungkin kataku. kamu harus mencari sendiri tegasku.. katanya sahabat karib.. kenalanku luar dan dalam. masakan tidak dapat mengenal tulisanku.
setelahan kali pertama ini lidahku berbicara melalui ketukan keyboardku, aku lagi kekeringan idea. mungkin kerana sebelum ini aku lagi senang berpena (tambahan lagi penanya bagus sekali..), tulisanku lancar bak air yang menabrak membuak-buak kluar dari paip layaknya..tapi kali ini aku harus merangkak2 mengetuk keyboard (dan kebanyakannya adalah BACKSPACE), menyebabkan idea aku smuanya tergeletak sepi di satu sudut kerana kebanyakkannya otakku ligat berputar memikirkan butang apa harus kutekan selepas ini..huh..susah juga..Bukankah teknologi diciptakan memudahkan kerjaan manusia..jika begini lebih enak jika aku lakar sahaja menggunakan penaku..tiada pening-pening..
kadang-kadang aku termenung memikirkan nasib si pena dan kertas. bagaimana seginiusnya orang Yunani menghasilkan kertas, akhirnya di gantikan dengan teknologi yang membolehkan manusia menyimpan, memadam dan mengedit karya mereka tanpa perlu setimbunan kertas. lalu apa peranannya si kertas? manusia diciptakan Tuhan dengan akal yang maha kaya dengan idea2 baru. sedangkan manusia boleh direka2 ciptaannya, aatahlagi sang kertas. sekali snap the finger bisa saja ditukar ganti. .hhehehe..merapu sudah aku mengenangkan nasib si kertas..muak kali kamu membacanya..hahaha...seringaiku keterlaluan tanpa menyedari orang sekeliling memerhatikan..agaknya kekehan aku menganggu ketenteraman mereka..
inilah dia coretan pertama kisah si kertas..lalu aku termenung...selepas ini apa pula ya?..

0 ulasan:


Free Blogger Templates by Isnaini Dot Com and Ford Cars. Powered by Blogger