salam sejahtera..
dah lama aku tak menjengah blog yg sekangkang kera ini. mungkin kerana aku tak terbiasa dgn kehadiran sang teknologi. lagipun aku keras menjalani kehidupan seharian. celik mata belum terbit sang matahari , aku sudah ke kerja. mengingsut senja merangkak-rangkak meninggalkan siang, baru menjengah rumah. tapi aku gagahkan diri menatap perkara duniawi dan juga ukhrawi...heheheh
aku lagi selesai membaca karya Pak Shahnon Ahmad (stelah sberapa lama tesidai di sisi katil), judulnya "Sutan Baginda". Buku yang sudah sekian lama aku galuri (pernah terdetik hingga ke Kwitang, Indonesia gara2 mencari karya ini), kerana tiada diulang cetak kata peniaga kedai buku. akhirnya jodoh aku dgn si karya ketemu di downtown KL. aku beli dgn harga murah aku kira..
Tapi kali ini aku ingin bercerita ttg pengajaran yg bukan sedikit aku cedok dari karya agung ini. Yang terkesan sekali perkara jangan terlalu taksub mengejar populariti dan harta. Akhirnya akan memakan diri selayaknya Si Sutan, hilang kawarasan. apa yang aku dapat lihat hari ini, lautan manusia mencari yang dua ini menggunakan segala macam cara. ada yang sanggup memperalatkan agama, kitab dan isinya. Hinggakan ada antara kita yang taksub dengan mereka. Ada yang menabur wang dan ada yang membaling batu sembunyi tangan. sehingga ada yang sanggup menjadi gunting dalam lipatan, hatta saudara sendiri.
Kedua, pak Shahnon menulis ttg nilai keluarga. bagaimana sang isteri menghamba diri membantu si suami yang gila populariti. Seteguh mana persahabatan si suami, apabila kesusahan si isteri menyinsing lengan membantu. sahabat ketawa memang ramai, tapi skali terjatuh mencebor lari bertempiaran. seburuk mana sang suami, isteri tetap menerima seadanya. biarpun ada si dua dan tiga.
Ketiga, manusia yang penuh amarah dan hawa nafsu selalu mudah dirobek dan di jatuhkan..jauhkan sifat marah (jika tidak mampu, diam sahaja), hawa nafsu perlu di kontrol utk lebih sukses di masa depan. hawa nafsu bukan sekadar serakahan semata, tetapi menahan diri dari melakukan apa yang tidak sepatutnya. apa hawa nafsu terpulang pada
kalian menentukan definisinya..
Okeh ya..hingga ketemu lagi..