CIRI # 1 - Jaminan Pulangan Yang Tinggi
Berhati hatilah terhadap syarikat ataupun individu yang menjanjikan keuntungan besar atau menunjukkan prestasi cemerlang dalam sau tempoh masa yang pendek. Anda mesti ingat, bahawa setiap pelaburan mempunyai risiko dan anda tentu selalu dengar bahawa,"kalau tinggi risikonya, pulangannya juga tinggi". Ambil langkah berjaga-jaga terutama jika pelaburan itu kononnya memberi pulangan tinggi dengan risiko yang rendah atau tiada risiko langsung.
CIRI # 2 -Anda Perlu Mencari Downline
Berhati hati dengan pelan yang membayar anda untuk melatih orang lain dan bukannya untuk menjual produk atau perkhidmatan. Perkataan yang menjadi kunci utama untuk mengingatkan anda supaya berhati-hati adalah "downline" ataupun "piramid"
CIRI # 3 - Peluang Pelaburan Untuk Masa Yang Terhad Sahaja
Jangan sesekai bersetuju menyertai apa - apa peluang pelaburan dalam keadaan tergesa gesa, contohnya, "tempoh untuk anda menyertai skim ini amat terhad" atau"melabur sekarang, jika tidak, anda akan menyesal". Ingatlah , jika perniagaan itu sah, ia akan tetap wujud esok, minggu hadapan, bukan hadapan atau tahun hadapan.
CIRI # 4 - Tuntutan Hadiah Lumayan
Memang mustahil untuk anda memenangi sebarang hadiah atau wang yang banyak jika anda tidak masuk sebarang pertandingan atau peraduan. Jika anda menerima panggilan yang menyatakan bahawa anda telah memenangi satu hadiah lumayan tetapi perlu mengirim sejumlah wang ke seuah negara asing untuk menuntut hadiah tersebut, letakkan telefon. Jangan buang masa dan tenaga untuk melayan pangilan sebegini.
CIRI # 5 - Panggilan Telefon Yang Tak Diundang
Anda perlu bersikap ragu-ragu mengenai sebarang panggilan telefon yang tidak dijangka mengenai pelaburan daripada jurujual atau syarikat luar pesisir pantai yang anda tidak kenali. Jika pemanggil itu mengakui sebagai wakil niaga syarikat broker saham atau penasihat pelaburan yang dilesenkan diluar negara, minta nama pihak kawalselia asing berkaitan yang melesenkan perniagaan tersebut dan layari laman webnya untuk mendapatkan senarai mereka yang berdaftar atau di lesenkan. anda mesti sentiasa memeriksa bukti kelayakan individu yang dilesenkan dengan pihak berkuasa sebelum menyerahkan wang anda.
CIRI # 6 - Untung Besar Tanpa Sebarang Risiko
Pastikan anda memperoleh rekod prestasi syarikat tersebut. Mintalah maklumat bertulis mengenai produk pelaburan dan perniagaan itu, serta risiko yang terbabit dalam pelaburan tersebut. Baca dengan teliti prospektus dan laporan tahunan syarikat sebelum melabur.
CIRI # 7 - Sukar Menemui Maklumat Syarikat
Elakkan daripada memberi sebarang maklumat kewangan atau pribadi sebelum anda memastikan dulu kesahihan syarkat itu. Jangan takut bertanya soalan. Malah, lebih banyak soalan yang anda tanyakan, legbih baik lagi. Minta penjelasan mengenai apa-apa perkara yang anda tidak fahami. Jika ragu-ragu, jangan melabur. Pastikan anda mendapat maklumat sepenuhnya mengenai syarikat, jurujual/ejen atau pelaburan tersebut.
CIRI # 8 - Syarikat Dagangan Asing
Sentiasa periksa laman web pihak pengawal selia contohnya laman web Suruhanjaya Sekuriti, Malaysia (http://www.sc.com.my/), untuk mendapatkan maklumat mengenai amaran pelaburan, atau senarai syarikat-syarikat yang dilesenkan sebelum melabur.
Sumber: Program Celik Kewangan SIDC
